Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wrt,
Pada 9 Jun 2026 PHB telah mengeluarkan kenyataan bahawa bagi pelaburan harga tetap seperti ASB, pembayaran zakat boleh dilakukan secara al-mustaghallat dan khultah. Menurut PHB, pandangan hukum telah diperolehi dalam mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) serta kelulusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri termasuk negeri Selangor yang memperakui penggunaan kaedah pengiraan zakat al-Mustaghallat secara Khultah bagi Dana Harga Tetap ASNB.
Saya ingin memohon pengesahan dari Jabatan Mufti Selangor berkenaan perkara ini. Sekian, terimakasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Pengurusan Syariah PNB telah membentangkan kertas kerja bertajuk Kaedah Penilaian Zakat Dana Unit Amanah ASNB: Kaedah Zakat al-Mustaghallat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Pertama tahun 2026 pada 13 Januari 2026. Oleh itu, kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh PNB pada 9 Jun 2026 adalah konsisten dengan fakta yang diberikan.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.