Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum...
Saya ada beberapa soalan,
Saya betul² perlukan jawapan, supaya saya tidak berbuat dosa.
Terima kasih...
Jawapan
Berdasarkan persoalan-persoalan yang tuan kemukakan, jawapan-jawapannya adalah seperti berikut:
1. Terdapat hadis daripada Abu Hurairah RA:
Maksudnya: Rasulullah SAW melarang jual beli hasah (tikam menggunakan batu) dan jual beli gharar (yang tidak jelas barang jualannya). (Riwayat Muslim)
Oleh kerana kad yang ada di dalam setiap pek tidak diketahui sama ada rare atau tidak, maka ini termasuk dalam larangan tersebut. Al-Nawawi dalam Al-Majmu’ menjelaskan tentang perkara ini:
Maksudnya: Jual beli apa-apa yang tidak diketahui jenisnya dan kategorinya adalah gharar yang besar.
2. Selain mempunyai unsur gharar seperti yang dijelaskan pada jawapan nombor 1, ianya juga memliki elemen maysir (judi) kerana pembeli mungkin mendapat keuntungan jika kad yang diperolehi bernilai tinggi, atau mungkin rugi kerana kad yang diperolehi kad yang bernilai rendah. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 90:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Berdasarkan kedua-dua faktor ini gharar dan maysir, hukum transaksi tersebut adalah haram.
3. Merujuk kepada jawapan yang dikemukakan pada jawapan nombor 1, adalah digalakkan sebagai pengumpul kad membeli kad dengan memilih single card, bukan berdasarkan booster pack. Hal ini adalah kerana kaedah tersebut lebih selamat dan terpelihara daripada elemen yang telah disebutkan di atas.
Sekian, terima kasih.