BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum , 

Saya Aleena , saya Ada satu pertanyaan untuk ditanya. Dan saya harap saya dapat jawapan yang betul. 
 

betul ke Ada Hadith Nabi yang Berbunyi 

Kalau suami yang buat salah , tapi suami suruh isteri minta maaf pada suami atas kesalahan suami sendiri. Betul ke isteri memang kena minta maaf dekat suami walaupun tu bukan kesalahan isteri ? Ada ke dalil atau Hadith seperti itu ? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Setakat carian terkini, tidak dijumpai lagi sebarang hadis yang ditanyakan. Perihal rumah tangga adalah tanggungjawab bersama suami dan isteri yang menuntut toleransi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Tiada dalam ajaran Islam yang menuntut isteri minta maaf kepada suami atas kesalahan suami itu sendiri. Bahkan Islam mengajarkan untuk meminta maaf atas kesilapan sendiri dan bukan daripada kesilapan orang lain. 

Firman Allah SWt dalam Surah al-Fatir ayat 18:

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ وَإِن تَدْعُ مُثْقَلَةٌ إِلَىٰ حِمْلِهَا لَا يُحْمَلْ مِنْهُ شَىْءٌ وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰٓ

Maksudnya: Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain; dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 42

message user image