BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Saya sekarang bekerja di restaurant makanan jepun. Restaurant ini tidak halal kerana menyajikan alcohol di bar namun saya sebagai tukang masak juga ada menggunakan sake dalam masakan. Adakah gaji saya haram? Dan apa hukum saya bagi duit tersebut pada keluarga saya kerana saya risau mahu memberikan duit pada mereka sekiranya gaji tersebut haram. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, isu ini sangat penting kerana melibatkan rezeki halal / haram dan pekerjaan dalam industri makanan. Dalam Islam, arak adalah haram. Nabi Muhammad SAW melaknat sepuluh golongan berkaitan arak, termasuk salah satunya adalah yang menjual, menghidang dan mengambil keuntungan daripadanya (Riwayat Ibn Majah).

Jika seseorang bekerja secara langsung dalam urusan arak seperti pelayan bar yang menuang arak, maka gajinya bercampur dengan unsur haram.

Manakala Sake pula adalah sejenis arak (fermented rice wine) yang digunakan dalam masakan termasuk dalam kategori menggunakan bahan haram. Walaupun ada yang beranggap ianya akan hilang dalam proses memasak, hukum asal tetap haram kerana ia adalah arak.

Maka, kerja memasak dengan menggunakan sake termasuk dalam membantu menyediakan makanan dengan bahan haram. Jika gaji bercampur dengan unsur haram, maka hukumnya syubhah. Memberi kepada keluarga tetap sah sebagai nafkah, tetapi lebih baik mencari sumber yang bersih. 

Gaji daripada kerja yang melibatkan penggunaan sake dalam masakan adalah bercampur dengan unsur haram. Memberi kepada keluarga tetap sah sebagai nafkah, tetapi lebih baik mencari sumber rezeki yang halal dan bersih. Jalan terbaik ialah bertaubat dan berusaha mencari pekerjaan lain yang bebas daripada arak.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 22

message user image