BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan,

Bapa saya telah melafaz cerai kepada mak saya pada 22/5/2026 jam 10.45 pagi. Bapa saya melafaz rujuk pada 26/5/2026 jam 10.45 pagi. 

Soalan saya adalah adakah ibubapa saya masih dalam ikatan perkahwinan (berhubungan intim suami isteri) atau perlu tunggu selepas buat pengesahan cerai rujuk di mahkamah baru mereka boleh berhubungan intim?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

 

Apabila suami menceraikan isteri, kemudian melafazkan rujuk semula isterinya dalam tempoh talak raj'ie maka rujuk itu berlaku dan pasangan kembali dan sah sebagai suami isteri. Walau bagaimanapun pengesahan awal perlu dilaporkan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) yang berhampiran agar direkodkan dengan bukti Surat Pengesahan Cerai dan Surat Perakuan Rujuk yang dikeluarkan oleh PAID bahawa pasangan tersebut pernah bercerai dan pernah rujuk. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 62

message user image