BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Asslmkum. Sy ingin bertanya jika kawan sy telah mengandung skrg hasil dari hubungan dia dengan boyfriendnya.. jika mereka bernikah pada kandungan belum mencecah 3 bulan or tepat 3 bulan.. bolehkah anak yang di lahirkan berbin or berbintikan lelaki tersebut? DiMinta penjelasan jawapan dari pihak tuan/puan..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, dari segi hukum Syarak anak yang dikandung hasil daripada persetubuhan haram (belum bernikah) tidak boleh dibin atau dibintikan dengan lelaki yang menghamilkan wanita tersebut. Boleh rujuk link berikut :

Rujukan link : https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/28/fatwa-tentang-garis-panduan-mengenai-anak-tak-sah-taraf-menurut-hukum-syara/

Ini bertujuan:

i. Menentukan masyarakat Islam di Negeri Selangor tidak melanggar larangan Allah dengan sewenang-wenangnya tanpa ada sekatan dan Penguatkuasaan Undang-Undang berhubung larangan Allah menasabkan anak tak sah taraf kepada bapa tak sah tarafnya.

ii. Memelihara jiwa dan keturunan agar tidak bercampur dengan perkara-perkara yang haram sama ada berhubung dengan zuriat, aurat, perwalian dan sebagainya.

iii. Memelihara identiti Islam sebagai suatu agama suci dan mulia di Negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Rujukan link : https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/25/pindaan-terhadap-seksyen-13-akta-pendaftaran-negara-1957-berhubung-anak-tak-sah-taraf-2/

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 39

message user image