Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum saya nak tanya apa hukum ayah saya ada buat kerja travel dan tetamu yg dia bawa tu pergi ke genting dgn tujuan untuk berjudi dan suami saya menjadi driver untuk tetamu tu apakah hukum nya dan adakah duit itu menjadi duit yg haram? Tetamu tu beragama islam
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد
Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 2:
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Dalam isu yang ditanya, maka mengambil upah sebagai pemandu khusus untuk menghantar mereka berjudi adalah termasuk membantu kepada perbuatan maksiat. Majoriti ulama berpandangan bahawa perbuatan membantu secara langsung kepada maksiat adalah tidak dibenarkan, dan upah yang diperoleh daripada perkhidmatan tersebut juga tidak halal kerana upah itu datang daripada pekerjaan yang haram.
Namun, sekiranya perjalanan itu adalah pakej pelancongan biasa, tujuan sebenar tetamu tidak diketahui dan mereka ke Genting untuk bercuti, menghadiri mesyuarat, menaiki kereta kabel, menginap di hotel, melawat tempat tarikan atau tujuan lain yang harus, maka tidak boleh terus dihukum haram hanya kerana destinasinya Genting. Genting mempunyai pelbagai aktiviti yang harus selain kasino.
Sekiranya ayah puan sebagai ejen travel dan suami puan sebagai pemandu memang mengetahui bahawa pelanggan tersebut pergi ke kasino untuk berjudi, maka mereka sepatutnya tidak menerima tempahan tersebut. Pendapatan daripada perjalanan yang khusus untuk tujuan itu adalah pendapatan yang tidak dibenarkan menurut hukum syarak.
Jika perkara itu telah berlaku:
Sekian, terima kasih