BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. 

Saya ingin bertanya, jika pada waktu pagi tatkala keadaan kereta basah akibat air embun. Kemudian ada seekor anjing telah keluar dari bawah kereta saya dan badannya telah terkena pada kereta saya. Jadi apakah hukum kereta saya tersebut ? Adakah najis ?. Kemudian saya menyentuh pula kereta tersebut sebelum dibasuh dengan air tanah, adakah tangan saya yang menyentuh juga dikira najis mughallazah ? 

Terima kasih saya dahulukan kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, air embun adalah kuantiti yang sangat sedikit dan kemungkinan anjing yang keluar daripada kereta tuan itu bersetuhan pada bahagian kereta yang kering. Justeru, tiada perpindahan najis yang berlaku padanya. 

Kaedah fiqh mengatakan bahawa:

الأصل في الأشياء الطهارة

Maksudnya: Hukum asal setiap sesuatu itu adalah suci.

Kesimpulannya, tuan tidak perlu sertu bahagian kereta dan tangan tuan yang bersentuh dengan kereta tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 42

message user image