BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya umur 28 tahun. Saya baru mendirikan rumahtangga. Ada sorang cahaya mata. Sebelum berkahwin saya pernah bermimpi banyak kali mimpi yang sama (ular hitam) tetapi situasi berbeza. Selepas berkahwin mimpi tu dah hilang. Tetapi selepas saya melahirkan anak dan sekarang anak belum umur setahun tiba-tiba saya dapat semula mimpi ular tu. Jadi saya tidak faham kenapa saya dapat mimpi begitu. Dan adakah saya perlu buat sesuatu atau berserah saja kepada Allah? Saya juga tak pernah ceritakan suami saya tentang mimpi saya ini. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Mimpi itu terbahagi kepada tiga (3) sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Auf bin Malik RA, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الرُّؤْيَا ثَلاَثٌ : مِنْهَا أَهَاوِيلُ مِنَ الشَّيْطَانِ لِيَحْزُنَ بِهَا ابْنَ آدَمَ ، وَمِنْهَا مَا يَهُمُّ بِهِ الرَّجُلُ فِي يَقَظَتِهِ ، فَيَرَاهُ فِي مَنَامِهِ ، وَمِنْهَا جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ

Maksudnya: Mimpi itu terbahagi kepada tiga: mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk meresahkan anak Adam, mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan manusia ketika jaga lalu terbawa hingga ke dalam tidur, mimpi yang merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian. (Riwayat Ibnu Majah)

Begitu juga dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri, bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda:

إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ رُؤْيَا يُحِبُّهَا، فَإِنَّمَا هِيَ مِنَ اللهِ، فَلْيَحْمَدِ اللهَ عَلَيْهَا وَلْيُحَدِّثْ بِهَا، وَإِذَا رَأَى غَيْرَ ذَلِكَ مِمَّا يَكْرَهُ، فَإِنَّمَا هِيَ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَلْيَسْتَعِذْ مِنْ شَرِّهَا، وَلاَ يَذْكُرْهَا لِأَحَدٍ، فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.

Maksudnya: Apabila seseorang daripada kamu semua bermimpi melihat sesuatu yang disenanginya, maka sesungguhnya mimpi itu daripada Allah, kerana itu hendaklah dia memuji Allah dan menceritakannya. Dan apabila dia bermimpi melihat sesuatu yang tidak disenanginya, sesungguhnya mimpi itu daripada syaitan, maka hendaklah dia memohon perlindungan daripada keburukannya dan tidak menceritakannya, kerana sesungguhnya mimpi itu tidak akan membahayakannya.

Merujuk kepada persoalan,

1. Bagi mimpi yang buruk, bacalah ta’wuz sambil ludahkan (secara isyarat) ke sebelah kiri ketika tersedar dari tidurnya/ mimpinya. 

2. Galakan untuk tidak menceritakan mimpi yang buruk kerana mimpi itu tidak membahayakannya

3. Teruskan melakukan ibadah dan berdoa agar dijauhkan perkara yang tidak baik.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 41

message user image