Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
1)Perlu ka check keputihan setiap kali masuk waktu solat untuk berwuduk? Macam mana kalau saya ambil wudhu dengan yakin yang tiada keputihan sebelum masuk waktu tapi lepas solat ada keputihan? Keputihan saya susah untuk dijangka. Ada yang beritahu tidak wajib check setiap waktu sekiranya yakin tiada keputihan dan was-was adalah bisikkan syaitan.
2) selepas keluar keputihan, Wuduk masih boleh digunakan untuk solat fardhu, dan ibadah sunat. Tapi boleh ka wuduk itu digunakan untuk solat qada?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan:
1. Ya, puan perlu memeriksa keputihan setiap kali sebelum wuduk untuk solat. Keputihan itu hendaklah dibersihkan sebelum wuduk dan solat. Sekiranya selepas solat tiada keputihan yang keluar, maka solat itu sah. Namun sekiranya selepas solat, puan yakin keputihan keluar semasa solat, maka solat itu tidak sah. Perkara ini sekiranya ia berlaku sesekali dan tidak kerap.
Walau bagaimanapun, sekiranya keputihan kerap berlaku atau berterusan setiap kali solat, puan boleh dianggap sebagai mengalami masalah daimul hadas, atau sentiasa berhadas. Jika ini berlaku apa yang puan perlu lakukan adalah:
2. Seandainya puan mengalami masalah daimul hadas, maka wuduk itu hanya untuk satu solat fardu dan seberapa banyak solat sunat. Untuk qada' solat fardu, perlu wuduk yang baharu. Melainkan, sekiranya tidak terdapat keputihan yang keluar, maka boleh melakukan qada' solat fardu tanpa wuduk yang baharu.
Sekian, terima kasih.