Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya tertanya-tanya sebenarnya berkenaan suatu kenyataan seorang suami "Kalau tak suka family saya, jangan kahwin dengan saya awal-awal". Adakah ianya mempunyai unsur talak di situ? mohon dapat pencerahan daripada Jabatan Mufti. Terima kasih.
Jawapan
Menjawab persoalan saudara, ayat yang disebut oleh suami iaitu : "Kalau tak suka family saya, jangan kahwin dengan saya awal-awal" boleh dikategorikan sebagai ayat pemberitahuan/ makluman dari suami kepada isterinya, kalau tak boleh terima keluarga suami, jangan berkahwin dengannya.
Justeru, ayat ini bukanlah lafaz cerai. Saudara juga boleh dapatkan penjelasan lanjut di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal.
Sekian, terima kasih.