Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum, saya nak tanya, jika saya dah daftar pengesahan lafaz cerai di mahkahmah rendah syariah (dah dapat tarikh untuk bicara), boleh ke saya nak tarik balik atau saya nak batalkan kes itu ya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, berkenaan pengesahan lafaz cerai ia adalah lafaz yang telah berlaku dan memerlukan pengesahan dari Hakim Syarie. Oleh kerana pengesahan lafaz cerai ini belum diputuskan, maka status perkahwinan puan dan suami tidak dapat disahkan sama ada jatuh talak atau tidak. Jika jatuh talak ia akan melibatkan hukum hakam selepas perceraian seperti tempoh iddah, nafkah dan seumpamanya yang berkaitan dengan hukum hakam perkahwinan orang Islam.
Jika ada sebarang pertanyaan untuk kes yang telah difailkan di Mahkamah Syariah, sila kemukakan terus ke sana untuk penjelasan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.