BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.  Saya ingin bertanya mengenai solat jamak qasar. Saya telah berkahwin dan menetap di Kuala Lumpur. Lebih kurang sebulan sekali atau dua bulan sekali saya dan keluarga akan menziarahi keluarga di kampung untuk lebih kurang 2 hari. Kampung saya terletak lebih 2 marhalah dari Kuala Lumpur. Adakah saya dan keluarga boleh melakukan solat jamak qasar. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menurut mazhab Syafi‘i, sekiranya kampung yang diziarahi masih dianggap sebagai watan asal (tempat asal) tuan dan tuan mempunyai niat dengan pasti akan kembali dan menetap di sana pada masa hadapan tetapi belum menentukan tarikhnya, maka walaupun jaraknya melebihi dua marhalah dan tuan hanya pulang selama kira-kira dua hari, tuan hanya boleh melakukan solat jamak dan qasar sepanjang perjalanan sebelum tiba di kampung. Apabila telah sampai di kampung, status musafir terputus kerana kembali ke watan asal, maka solat hendaklah ditunaikan secara sempurna (tamam) dan tidak lagi boleh dijamak atau diqasarkan atas sebab musafir. Apabila memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, tuan boleh kembali melakukan jamak dan qasar setelah keluar dari kawasan kampung dan memenuhi syarat-syarat musafir.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 51

message user image