Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbth
Saya perempuan berusia 54 tahun
Becerai pd 17/8/2025
Period pertama selepas becerai : 9/10/2025
Period kedua selepas becerai : 3/2/2026
Sehingga sekarang saya belum dapat period yang ke3
Soalan saya :
Adakah saya telah habis eddah?
Bagaimana cara untuk memastikan saya telah habis eddah?
Adakah cara kiraan yang lebih jelas dan sesuai untuk perempuan yang mempunyai masalah seperti saya?
Sekiranya suami saya merujuk saya kembali pada waktu sekarang adakah di kira sah rujuk?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, tempoh iddah talak bagi wanita yang masih didatangi haid adalah 3 kali suci, ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 228:
Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).
Ini bermakna tempoh iddah akan berakhir apabila bermulanya haid yang ke tiga, jika perceraian itu berlaku ketika isteri dalam keadaan suci. Sebaliknya jika isteri diceraikan dalam keadaan haid, maka tempoh iddah akan berakhir apabila bermulanya haid yang ketiga tidak termasuk haid yang mana isteri itu berada ketika diceraikan.
Disarankan puan rujuk perkara ini ke Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat untuk mendapatkan kepastian.
Sekian, terima kasih.