BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

السلام عليكم ورحمة الله.   Saya ada cyst. Boleh ke saya mandi wajib Pada hari ke 14. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk persoalan yang diajukan, hukum mandi wajib tidak ditentukan oleh kewujudan cyst semata mata, tetapi bergantung kepada keadaan darah yang keluar. Sekiranya darah haid telah benar-benar berhenti dan puan telah melihat tanda suci, maka puan hendaklah segera mandi wajib dan mendirikan solat tanpa perlu menunggu sehingga hari berikutnya. Walau bagaimanapun, jika selepas mandi wajib keluar semula darah berwarna merah, coklat atau kekuningan yang masih berada dalam tempoh maksimum haid, ia boleh dihukum sebagai darah haid sekiranya memenuhi syarat-syarat haid. Dalam keadaan tersebut, puan hendaklah berhenti daripada menunaikan solat sehingga kembali suci. Oleh itu, sama ada puan boleh mandi wajib pada hari ke-14 atau tidak bergantung kepada sama ada puan telah benar-benar suci atau masih mengalami darah haid, dan bukan semata-mata kerana mempunyai penyakit cyst.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 26

message user image