Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan. Saya di sini ingin bertanya beberapa soalan yang mengganggu fikiran saya sejak menunaikan umrah pada hujung tahun 2025. Saya sememangnya mempunyai masalah angin, tapi selalu keliru antara terkentut atau tidak semasa beridabat. Ini menyebabkan saya selalu mengulang ulang mengambil wuduk, ada kalanya belum selesai wuduk, saya sudah perlu mengulangnya semula akibat rasa seperti terkentut tapi dlm keadaan saya tak pasti. Jadi untuk selamat, saya ulang ambil wuduk. Situasi ini menyebabkan sukar untuk saya solat berjemaah bersama orang lain di masjid.
Di malaysia, perkara itu sudah tidak menjadi kerisauan yang melampau buat saya kerana saya boleh mengulang ambil wuduk. Tetapi situasi berbeza apabila saya menunaikan umrah. Saya tahu ada keringanan untuk orang yg bermasalah angin dlm berwuduk. Tapi disebabkan saya dalam keadaan tak pasti sama ada ia kentut atau bukan, Jadi saya tidak betul betul mendalami ilmu itu.
Di mekah, semasa menunaikan umrah kedua, saya berasa sangat tidak selesa, saya cuba untuk membuang air dan pastikan perut selesa sebelum umrah, tetapi saya tetap tak selesa terasa seperti keluar angin tapi keliru. Jadi saya bertekad untuk berwuduk dan pergi tawaf. Semasa tawaf, saya sangat was was tentang wuduk saya kerana rasa seperti angin, tetapi saya keliru.
Saya cuma berdoa sekiranya itu kentut, Allah maha mengetahui, saya menganggap saya boleh diberi keringanan , dan berdoa Allah terima umrah saya tersebut. Saya juga ada merujuk website mufti semasa tawaf itu tentang angin, dan terbaca Rasulullah berkata jika keliru kentut atau tidak, selagi tidak ada bunyi atau bau, ia tidak dikira kentut. Setelah meyakinkan diri, saya tetap teruskan tawaf. Tetapi saya telah mengulang ambil wuduk selepas empat pusingan sebelum solat asar.
Tapi saya jahil waktu itu, belum tahu tentang perkataan "daimul hadas" dan cara niat daimul hadas yang betul. Saya cuma niat mengangkat hadas kecil. Beberapa minit selepas ambil wuduk baru, rasa tu kembali. Saya was was lagi. Masa tu saya dh bertekad yang saya nak solat asar dan sambung habiskan sampai 7 pusingan dengan wuduk itu kerana saya sudah cuba ambil wuduk baru tapi tetap rasa seperti terbatal. Saya meneruskan saie dan tahalul.
Dan saya demam selepas umrah itu dan tak melakukan umrah lain dah lepas tu. Perkara ini menjadi kerisauan saya apabila saya terdengar taklimat satu kumpulan umrah ni, mutawwif dia sangat tegas tentang wuduk semasa tawaf, jadi saya kembali risau akan umrah saya sah atau tidak.
Apa kah tindakan yang perlu saya ambil? Adakah saya boleh dikategorikan sebagai daimul hadas? dan jika boleh, sah kah wuduk saya kerana niat angkat hadas kecil? Dan apakah status umrah saya tersebut? Atau itu hanya was was sahaja tuan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, wuduk bagi seseorang yang mengalami masalah keluar angin (kentut) berterusan sehingga tiada senggang masa yang mencukupi untuk berwudhuk dan solat/tawaf adalah diberi rukhsah (keringanan) oleh Hukum Syarak. Kaedah berwuduk adalah seperti berikut;
Harus dan sah solat bagi seseorang yang mengalami masaalah kencing atau angin tidak lawas dengan syarat mestilah mengikut kaedah berwuduk di atas.
Untuk mengetahu lebih lanjut berkenaan daimul hadath, tuan boleh melihat di sini https://www.muftiselangor.gov.my/2025/06/03/88-taudhih-al-hukmi-hukum-wuduk-bagi-pesakit-daimul-hadath/.
Adapun permasalahan umrah tuan yang lepas, kami kemukakan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-33 yang bersidang pada 28 November 2016 menyatakan:
Berdasarkan resolusi yang telah dikeluarkan ini, umrah tuan sah tanpa ragu.