BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Saya ada main app buat duit " DooDoo" namun saya tidak puas hati apabila sesetengah orang bagitau app tu judi kerana game tu main osom ( lawan batu gunting kertas) kalau menang dapat koin, apabila koin itu cukup boleh ditukar ke pin tng atau vauncher" lain.. tetapi tiada duit sebenar digunakan untuk bermain , 1 sen pun xde kluar , apakah masih jayuh hukum judi? Tiada kerugian di pihak pengguna. Terima kasih


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Jika benar seperti yang dijelaskan bahawa:

  1. tiada duit sebenar dikeluarkan,
  2. tiada “top up”, tiada yuran masuk, tiada pembelian coin,
  3. hanya main batu-gunting-kertas, kumpul coin, dan hadiah (TnG PIN / voucher) itu datang sepenuhnya daripada pihak aplikasi,

maka dari sudut hukum asal, ia tidak menepati rukun judi (maysir/qimar) dan tidak dikira judi, kerana tiada unsur pertaruhan harta dari pihak pemain. Namun, ia masih boleh jadi bermasalah jika sampai melalaikan, membuka pintu kepada judi berbayar, atau ada unsur penipuan lain.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                                                                     


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 46

message user image