BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalam. Baru-baru ini kerajaan memutuskan Skim Lindung 24 jam PERKESO adalah pilihan Dan bukannya caruman wajib. Pertanyaan saya adakah pekerja boleh mencarum pilihan skim Lindung 24 jam walaupun caruman skim tersebut dikatakan skim konvensional. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Skim Lindung 24 jam PERKESO telah dinyatakan sebagai patuh syarak di dalam chatbox bantuan Ai yang dinamakan sebagai Hanna sebagaimana yang terdapat di laman rasmi PERKESO. Berdasarkan pengesahan ini anda boleh membuat pertanyaan/pengesahan semula kepada pihak PERKESO bagi memastikan skim yang disertai adalah benar-benar patuh syarak.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.          


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 31

message user image