BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

4 bulan yang lalu, suami saya ada sebut... "kalau hang pi, balik kita jumpa kat pejabat agama..aku ceraikan hg' ketika saya minta izin untuk ikut trip office. setelah itu kami telah berbaik... kemudian, semalam saya bertanya lagi untuk minta izin ikut trip office, dan dia benarkan. cuma kami nak sahkan jatuhkah talak yang suami sebut 4 bulan yang lepas jika saya pergi trip office hujung bulan ini. terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada soalan yang diajukan, suami puan telah melafazkan lafaz taklik bersyarat terhadap puan 4 bulan yang lepas. Lafaz taklik ini diikat dengan syarat sekiranya puan mengikuti trip ofis tersebut, maka terjatuhlah talak. Adapun lafaz taklik yang telah dilafazkan tidak boleh ditarik semula. Walau bagaimanapun, bagi pengesahan lafaz talak hendaklah segera merujuk ke Mahkamah Syariah yang berhampiran.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 46

message user image