BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Jika berlaku pertengkaran dan suami berkata "Jika sudah tidak hormat pada suami, sila keluar dari rumah ini" - apakah sudah jatuh talak


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan puan, lafaz suami iaitu " Jika sudah tidak hormat pada suami, sila keluar dari rumah ini" boleh dikategorikan sebagai ayat pemberitahuan/ makluman. 

Walau bagaimanapun, jika ayat tersebut disertai dengan niat suami untuk bercerai, maka boleh jadi lafaz cerai secara kinayah.

Sehubungan itu,  puan boleh minta suami jelaskan ayat yang dia lafazkan itu dan perkara tersebut juga boleh dipanjangkan dan suami isteri hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk penjelasan dan pengesahan selanjutnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 42

message user image