BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah.Saya bekerja sebagai penjaga orang tua bukan Islam dan saya yang membasuh pinggan serta botol minuman mereka menggunakan span. Saya was-was setiap kali menyentuh span tersebut kerana saya syak ia pernah digunakan untuk membasuh bekas yang ada unsur babi. Adakah saya perlu melakukan samak pada tangan setiap kali selesai menggunakan span tersebut, walaupun tiada kesan najis yang jelas pada span atau peralatan yang dibasuh?

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 36:

إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Maksudnya: Sesungguhnya zhan (sangkaan) tidak dapat menandingi/mengatasi kebenaran walau sedikit pun.

Sehubungan itu, jika sekadar andaian atau sangkaan, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan. 

Kesimpulannya, hukum asal sesuatu itu adalah suci, maka ia akan terus kekal suci dan tidak perlu disertu kerana tiada zat najis dilihat. Perasaan tidak yakin atas sesuatu itu merupakan penyakit was-was pada diri puan yang perlu dielakkan dan dijauhi bagi  menggelakkan permasalahan yang lebih berat  pada masa akan datang. Perasaan was-was ini adalah gangguan dari syaitan. Para ulama’ amat mengambil berat mengenai penyakit ini kerana jika dibiarkan berlarutan boleh menjadi sesuatu yang lebih kronik kerana ianya penyakit yang berkaitan dengan jantung hati.  

Berdoalah kepada Allah SWT semoga kita dijauhi dari penyakit was-was ini. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 18

message user image