BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Tajuk: Hukum Cashier dan Menyusun Makanan Kucing yang Ada Unsur Babi

Soalan: Assalamualaikum ustaz/pegawai mufti. Saya bekerja di kedai haiwan (pet shop). Tugas saya memerlukan saya menjaga kaunter dan membantu menyusun stok makanan kucing. Barang di kedai ada yang halal, tetapi ada juga makanan kucing klinikal/basah dalam tin/paket yang mengandungi unsur babi. Selagi bungkusan produk tersebut kering, rapat, dan tidak bocor, adakah harus untuk saya tolong susun di rak dan mengimbas harganya di kaunter? Adakah gaji saya tetap halal? Mohon penjelasan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

السلام عليکم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan persoalan yang tuan kemukakan, Nabi SAW bersabda daripada Anas bin Malik RA:

إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ، وَالْأَصْنَامِ

Maksud: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala (Riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, dapat difahami bahawa urusniaga jual beli melibatkan babi atau unsurnya adalah dilarang dalam Islam. Walaubagaimanapun, secara umumnya pekerjaan yang dilakukan sekarang adalah halal kecuali urusniaga yang melibatkan unsur babi tersebut. Semoga urusan pihak tuan mencari rezeki yang halal dipermudahkan oleh Allah ‘Azza wa Jall.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 31

message user image