BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

saya Ada melakukan kerja kerja pembaikan di rumah sewa satu organisasi kelab sukan..apabila saya hendak claim bayaran saya diarah untuk kemukakan resit beserta cop syarikat.

masalah sekarang saya tiada cop syarikat.bolehkah saya menggunakan cop syarikat orang lain dengan kebenaran syarikat tersebut untuk claim tuntutan saya

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh 'Amru bin 'Awf Al-Muzani daripada ayahnya daripada datuknya daripada Nabi SAW telah bersabda:

الْمُسْلِمُوْنَ عَلَى شُرُوْطِهِمْ إِلاَّ شَرْطًا حَرَّمَ حَلاَلاً أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا

Maksudnya: Kaum Muslimin harus memenuhi syarat-syarat yang telah mereka sepakati kecuali syarat yang mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram. (Riwayat al-Tarmizi)

Selagi mana ia  dibenarkan oleh Kelab Sukan tersebut, maka ia tidak masalah dan harus. Sebaiknya tuan menggunakan cop syarikat sendiri, kerana dikhuatiri boleh menimbul isu-isu atau tuntutan di kemudian hari.

والله أعلم بالصواب 

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 22

message user image