Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
kau jangan keluar ,kalau kau keluar aku ceraikan kau talak 3. suami melarang isteri keluar sebelum dia nak keluar dari rumah.dia kata kau jangan keluar ,kalau kau keluar aku ceraikan kau talak 3. suami memaksudkan tidak bagi saya keluar ketika dia keluar .ketika itu sahaja.faktor melafaz kan kerana saya pernah keluar rumah apabila berlaku pergaduhan dan hakim memutuskan kami masih suami isteri kerana saya keluar selepas 2hari lafaz.
Isu nya ialah sekarang ialah saya keluar dari rumah sebenar-benarnya selepas dia balik.(ada kekeliruan fakta)
Selepas dia lafaz jangan keluar kalau keluar aku ceraikan kau talak 3. Saya patuh tidak keluar.
Tetapi selepas dia balik . Saya ada terkeluar ke pintu pagar untuk melihat anak tapi rupanya anak diluar rumah bersama suami.
Selepas nak masuk semula ke rumah saya baru teringat balik lafaz taklik tadi yang tak bagi saya keluar dari pintu utama .
Perbuatan saya terkeluar selepas suami balik adakah sudah melanggar taklik?
Jawapan
Menjawab persoalan puan, oleh kerana Mahkamah Syariah di sana telah memutuskan bahawa pasangan masih lagi suami isteri, maka ikutlah keputusan mahkamah di sana. Jika pasangan ada sebarang kemusykilan berkenaan keputusan Mahkamah Syariah hendaklah kemukakan kembali kes ini di sana untuk penjelasan selanjutnya.
Sekian, terima kasih