BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. 

Soalan saya, siapa waris kepada arwah emak yang layak dapat faraid dari harta peninggalan arwah emak? 

Mak mempunyai :

Suami

Anak perempuan (4orang) 

***************************

Bapa kandung (meninggal dunia) 

Ibu kandung (meninggal dunia) 

Datok (meninggal dunia) 

Nenek(meninggal dunia) 

Adik beradik -3 lelaki, 2 perempuan (masih hidup) 

Mohon pencerahan. Terima kasih. 

        

 


message user image

Jawapan  

والسلام عليکم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

 

Merujuk kepada persoalan puan tersebut dan berdasarkan maklumat yang diberikan:

Waris arwah emak yang masih hidup:

a) Suami

b) 4 orang anak perempuan

c) 3 saudara lelaki

d) 2 saudara perempuan

Bahagian faraid:

a) Suami: 1/4

b) 4 anak perempuan: 2/3 secara bersama, iaitu 1/6 seorang

c) Baki 1/12: diberikan kepada saudara kandung sebagai ‘asabah.

Baki 1/12 tersebut dibahagikan kepada adik-beradik dengan kaedah lelaki mendapat dua bahagian berbanding perempuan:

a) Setiap saudara lelaki: 1/48

b) Setiap saudara perempuan: 1/96

Bapa, ibu, datuk dan nenek arwah tidak mendapat faraid kerana mereka telah meninggal dunia.

Pengiraan ini mengandaikan 3 lelaki dan 2 perempuan tersebut ialah saudara kandung arwah. Untuk pembahagian harta sebenar, hubungan kekeluargaan dan semua waris perlu disahkan terlebih dahulu kerana ianya boleh mempengaruhi hukum faraid.

Oleh itu, sebaiknya puan merujuk terus kepada Sektor Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan isu ini.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 147

message user image