Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
saya nak bertanya beberapa soalan.
1) rumah sewa saya banyak dengan tahi cicak di lantai.Tetapi satu hari, terdapat tahi cicak di iron board saya. Lalu saya ambil dan buang sahaja , namun ade kesan tahi itu lagi. Saya ambil tisu untuk tutup. Sebab tak larat nak fikir pasal tahi cicak. Selepas itu saya guna kain biasa untuk lapik iron board itu pula. Dan menggunakan macam biasa. Namun, selepas itu saya risau sama ada baju gosokkan saya semua terkena najis tersebut memandangkan saya menggunakan seterika yang ada steam air, memandangkan ianya akan menjadi lembap. Tetapi di kain lapik tersebut tiada kesan , bau, atau warna najis walaupon lembap di bahagian di tisu tersebut. Adakah berlaku perpindahan najis ? Adakah semua baju saya dan semua tempat saya pegang dan duduk menjadi najis?
2) saya ada kawan yang jenis basuh tahi telur merecik2 ke paip penutup tanpa membasuhnya kemudian. Dan kemudiannya memegang telefon beliau, dan apa2 sahaja di rumah. Apakah hukum nya? Saya risau satu rumah, kereta yang dinaiki dah bernajis disebabkan itu.
Mohon pencerahan kerana ianya menyulitkan rutin harian. Terima kasih.
Jawapan
Berdasarkan soalan yang diajukan, secara umumnya tahi cicak adalah suatu bentuk najis. Ianya perlu dihilangkan dan dibersihkan bagi memastikan kawasan atau pakaian tersebut suci.
Berdasarkan situasi yang dinyatakan:
1. Puan hendaklah memastikan tahi cicak tersebut telah dibersihkan terlebih dahulu. Adapun dalam kes yang diceritakan, tahi cicak yang telah kering di atas papan saterika dilapik dengan tisu dan kain serta telah dipastikan bahawa tiada kesan najis pada kain pelapik tersebut meskipun dalam keadaan lembap kerana menggunakan iron-steam, maka dalam situasi ini tidak berlaku perpindahan najis. Mengenai pakaian puan pula, sekiranya tiada kesan najis seperti bau, warna dan rasa) yang terdapat padanya, maka pakaian itu tidak menjadi najis. Adapun keraguan semata-mata tanpa bukti yang nyata tidak menjadikan ia najis.
Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Keyakinan itu tidak dihilangkan disebabkan oleh syak (ragu-ragu).
2. Air percikan basuhan telur yang terkena pada paip penutup tidak dianggap sebagai bernajis melainkan sekiranya diyakini terdapat kesan najis padanya. Seandainya tidak dapat dipastikan terdapat najis pada paip penuntup tersebut, maka tidak terdapat perpindahan najis pada benda yang dipegang selepas daripada itu.
Sekian, terima kasih.