BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

saya merupakan sorang pegawai kenderaan di sektor awam berkuatkuasa 15 Mac 2026

persoalan saya adalah,sukar untuk saya mendapatkan sebutharga repair kenderaan kerana apabila saya mendapatkan sebutharga tersebut secara berulang kali,akan ada syarikat tidak mahu memberikan sebutharga kerana projek tersebut tidak dapat kepada syarikatnya.

Untuk memudahkan urusan saya mohon pertolongan bengkel kenderaan untuk mendapatkan sebutharga untuk saya dan mereka mendapatkannya dengan kebenaran pihak syarikat lain dan melengkapkan sebutharga tersebut.

Adakah perkara tersebut boleh dan apakah hukumnya.

adakah gaji yang saya terima halal

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh 'Amru bin 'Awf Al-Muzani daripada ayahnya daripada datuknya daripada Nabi SAW telah bersabda:

الْمُسْلِمُوْنَ عَلَى شُرُوْطِهِمْ إِلاَّ شَرْطًا حَرَّمَ حَلاَلاً أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا

Maksudnya: Kaum Muslimin harus memenuhi syarat-syarat yang telah mereka sepakati kecuali syarat yang mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram. (Riwayat al-Tarmizi)

Sememangnya perkara ini sering menjadi kesukaran untuk mendapatkan harga yang kompetatif disebabkan peraturan dan pekeliling telah menetapkan kajian harga mestilah dilaksanakan daripada syarikat yang berbeza. Berbalik kepada isu yang ditanya, tiada masalah untuk membuat kajian pasaran dengan bantuan bengkel tersebut tetapi perlu dipastikan adalah tiada unsur manipulasi harga dan menerima komisen hasil urusan ini. Ini kerana ia boleh menjurus kepada salah guna kuasa dan rasuah. Perhatikan juga sekiranya harga yang ditawarkan tidak selari dengan keadaan perkhidmatan dan bekalan yang ditawarkan. Sekiranya segala aspek telah diteliti, maka gaji yang diperolehi adalah halal. Sebaiknya tuan mencadangkan kepada pihak pengurusan tertinggi untuk menggunakan kaedah pelantikan bengkel panel lantikan yang lebih telus dan lebih menepati kaedah perolehan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 20

message user image