BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya berasal dari johor dan ternampak page ni paling mudah untuk bertanya soalan,untuk makluman,pekerjaan saya ialah seorang service engineer,kerja saya adalah menyelenggara mesin,pekerjaan saya ini adalah on call dan homebase,jika ada call/email/mesej kerosakan mesin atau installation mesin barulah saya akan ke lokasi yang di beritahu untuk melakukan kerja,waktu bekerja normal saya adalah 8.30 pagi-5.30 ptg.

Saolan 1:

Apakah hukum,pada masa lapang di rumah, jika tiada customer call/ office call bagi apa-apa task,saya akan trade saham,jadi bila trade saya akan untung,soalan saya adakah duit itu haram jika saya melakukannya waktu bekerja saya (8.30pg-5.30ptg),untuk makluman saham yang saya beli itu patuh syariah.

Soalan 2:

Apakah hukum,saya trade saham menggunakan laptop yang diberi oleh syarikat kepada saya untuk memudahkan urusan kerja,kerana setiap pekerja di syarikat ini akan dibekalkan dengan 1 laptop seorang.

Soalan 3:

Apakah hukum,Saya trade saham menggunakan line internet yang dibayar oleh majikan saya kerana setiap pekerja di syarikat ini akan diberikan internet secara percuma oleh majikan,bermaksud bill telefon akan dibayar oleh majikan setiap bulan bernilai Rm100.

Untuk makluman juga,syarikat tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan, apa yang perlu dibuat semasa waktu lapang jika tiada call dari pelanggan.jadi saya ingin penjelasan dari pihak yang arif tentang hukum hakam ini kerana saya takut untuk makan hasil dari sumber yang haram.terima kasih.harap sudilah menjawab soalan saya ini kerana saya benar-benar ingin tahu.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Pekerjaan tuan sebagai service engineer yang sentiasa perlu bersedia untuk menerima tugasan sepanjang tempoh pekerjaan pastinya terikat dengan prosedur yang ditetapkan oleh syarikat seperti syarat pekerjaan, kebiasaan syarikat atau prosedur jika melakukan kerja sampingan. Merujuk kepada persoalan:

  1. Harus dan duit tersebut halal jika syarikat membenarkan tuan untuk melakukan kerja sampingan tanpa mengabaikan kerja hikiki. 

  2. Menggunakan laptop yang diberi oleh syarikat juga bergantung kepada kebenaran syarikat serta kebiasaan penggunaan barang syarikat. 

  3. Line internet yang disediakan oleh majikan hendaklah digunakan sepenuhnya untuk pekerjaan yang diamanahkan. Namun begitu, jika syarikat membenarkan pekerja menggunakan line tersebut untuk urusan peribadi, maka ia halal digunakan. 

Adalah sebaiknya tuan memaklumkan kepada syarikat berkenaan pekerjaan sampingan yang dilakukan dalam tempoh pekerjaan, keuntungan yang diperoleh serta penggunaan line internet menggunakan peruntukan syarikat sebagai suatu kejujuran dan langkah berhati-hati supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang dan memperoleh gaji yang diberkati. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 22

message user image