BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualikum , saya pengusaha kolam pancing air masin , saya mengenakan duit bayaran mengikut jam untuk servis fasiliti dan tempat bermancing. buat masa sekarang kolam memancing saya berniaga mengunakan syarat jika pemancing mendapatkan ikan . itu adalah hak pemancing, dimana pemancing boleh menjual balik ke pengusaha kolam dgn harga yang ditetapkan oleh penguasaha kolam atau boleh bawa balik semasa tamat masa memancing. Saya ingin bertanya beberapa soalan berkenaan aktiviti yang saya cadangkan untuk dilakukan dan ingin tahu tentang hukum hakam untuk berniaga kolam pancing ini. 

1. Apakahah hukum jika saya memberi hadiah duit atau barang kepada pemancing yang 100 terawal yang berjaya menaikan ikan terawal semasa pembukaan kolam.

2 Apakah hukum jika saya meletak kan tag pada sesetengah ikan mengikut warna dan melepas kan ke dalam kolam. warna tersebut telah diasingkan mengikut kategori supaya kategori tersebut diasingkan mengikut hadiah2 yang berbeza.pemancing yang berjaya menaikan kan ikan tag berpeluang untuk memenangi hadiah yang diberi kepada penguasaha kolam.

3 Apakah hukum jika saya melepaskan ikan yang bersaiz besar 10kg ke atas, dan meletak kan syarat bahawa kolam pancing saya hanya untuk tujuan catch and release. tetapi saya menyenaraikan senarai jika pemancing berjaya menaikan ikan lebih 15kg keatas,pemancing berpeluang untuk medapatkan hadiah dari pihak pengusaha kolam dgn bayaran tunai atau pun hadiah barang.

jika soalan soalan yang saya ajukan berunsur haram , apakah aktiviti yang boleh dilakukan serta cara lain untuk mengelak dari melakukan perbuatan haram bagi pandangan mufti selangor.

terima kasih, 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, secara umumnya hukum memancing adalah harus, sama ada memancing ikan, udang dan sebagainya di kolam secara berbayar. Hal ini kerana bayaran yang dikenakan merupakan bayaran terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pemilik kolam kepada pemancing bagi tempoh masa tertentu, antaranya penyediaan tempat memancing, tempat meletakkan kenderaan, tandas, pondok dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.

Bagi ketiga-tiga aktiviti yang dicadangkan, hukumnya juga adalah harus, selagi pelaksanaannya tidak mengandungi unsur perjudian atau perkara lain yang bercanggah dengan syarak. Hal ini kerana hadiah yang diberikan oleh pihak pengusaha bukan diambil daripada hasil yuran atau caj yang dikenakan kepada pemancing, sebaliknya merupakan pemberian atau hadiah yang disediakan oleh pihak pengusaha. Dengan demikian, pemberian hadiah kepada pemancing berdasarkan pencapaian atau syarat yang telah ditetapkan adalah diharuskan, tertakluk kepada kaedah pelaksanaannya yang tidak mengandungi unsur pertaruhan perjudian (qimar/maisir), ketidakpastian (gharar) yang keterlaluan atau penipuan.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 58

message user image