BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, pertanyaan sy ialah apa hukum jika sy gadai emas di arrahnu dan pakai duit gadaian tersebut untuk jadikan modal membayar loan asb financing sy untuk setahun untuk mendapat dividen asb.Bolehkah saya buat begitu. Contoh saya gadai 15gram di arrahnu, dan sy guna semua duit tersebut untuk bayar loan asb financing sy dengan sijil bernilai 100k dalam tempoh setahun. Bayaran bulanan loan rm422.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan,

Gadaian (rahn) adalah akad yang dibenarkan dalam Islam. Selagi Ar-Rahnu yang digunakan mematuhi prinsip syariah seperti kebanyakan Ar-Rahnu bank Islam dan koperasi Islam, tiada masalah untuk menggadaikan emas dan menerima wang pembiayaan tersebut.

Pada asasnya, tiada larangan syarak menggunakan wang yang diterima daripada gadaian untuk tujuan lain yang halal, termasuk membayar ansuran pembiayaan ASB, jika memenuhi syarat berikut:

  • Pembiayaan ASB yang tuan ambil adalah produk yang patuh syariah (contohnya ASB Financing-i, bukan pinjaman konvensional yang berasaskan riba).
  • Tuan mampu membayar balik pinjaman Ar-Rahnu apabila tiba tempohnya.
  • Tiada unsur penipuan atau kezaliman terhadap mana-mana pihak.

Jadi, dari sudut fiqh, menggunakan wang gadaian sebagai modal untuk meneruskan pembayaran ASB Financing bagi mengekalkan pelaburan sehingga mendapat dividen tidak menjadi haram semata-mata kerana wang itu datang daripada gadaian.

والله أعلم بالصواب 

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 46

message user image