BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Asalamualaikum, soalannya: Sekiranya seorang  anak luar nikah LELAKI berkahwin dan mempunyai anak perempuan, adakah beliau boleh menjadi wali kepada perkahwinan anak perempuannya.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara,  jika seorang lelaki berstatus anak luar nikah berkahwin secara sah dan memperoleh anak perempuan daripada perkahwinan yang sah dan anak lahir sebagai anak sah taraf maka lelaki tersebut boleh menjadi wali kepada anak perempuannya. Status anak luar nikah pada diri lelaki tersebut tidak menyebabkan anak perempuannya turut menjadi anak luar nikah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 37

message user image