Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t.
Saya ingin memohon penjelasan berkenaan hukum solat jamak dan qasar bagi situasi saya yang mungkin berbeza sedikit daripada soalan-soalan yang pernah dijawab.
Latar belakang:
Jadual perjalanan saya adalah seperti berikut:
Persoalan saya ialah:
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan:
1. Pada hari Isnin, puan dianggap bermusafir setelah keluar dari kawasan tempat tinggal di A kerana perjalanan ke tempat kerja di C melebihi dua marhalah. Justeru, puan boleh menunaikan solat secara jamak dan qasar ketika berada di tempat kerja.
2. Pada hari Jumaat, sekiranya puan telah berniat sejak bertolak dari rumah B untuk meneruskan perjalanan melalui tempat kerja di C sebelum pulang ke A, keseluruhan perjalanan tersebut boleh dianggap sebagai satu perjalanan yang melebihi dua marhalah. Oleh itu, puan boleh menunaikan solat secara jamak dan qasar di tempat kerja kerana rumah B belum dikira sebagai tempat bermukim. Bahkan, sekiranya perjalanan tersebut dianggap sebagai dua perjalanan yang berasingan sekalipun, puan masih boleh menunaikan solat secara jamak dan qasar kerana status puan kekal sebagai musafir dan belum bermukim.
3. Rumah B puan belum dikira tempat puan bermukim kerana tempoh dari Isnin malam hingga Jumaat pagi melibatkan tiga hari penuh sahaja iaitu Selasa hingga Khamis, setelah tidak dihitung hari tiba dan hari keluar. Oleh itu, puan masih boleh mengambil rukhsah musafir. Namun, jika puan berniat tinggal di situ selama empat hari penuh atau lebih, atau menjadikannya sebagai kediaman tetap, hukum musafir terputus apabila tiba di situ.
Sekian, terima kasih