Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tn/Pn,
Saya ingin bertanya, jika ayah masih hidup & ayah setuju membuat wakalah wali kerana tidak pasti hadir atau tidak di hari kejadian.
Boleh ke ayah saya beri kuasa kepada abang kandung untuk jadi penerima wakalah? atau hanya jurunikah sahaja dibenarkan menjadi penerima wakalah tersebut?
Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, ayah boleh memberikan wakalah wali nikah kepada sesiapa yang dia kehendaki termasuk abang kandung ayah, dan tidak semestinya jurunikah, selagi orang itu berkelayakan menurut hukum syarak.
Sekian, terima kasih.