BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

As salamualaikum..

Saya mempunyai kemusykilan berhubung pembahagian faraid harta pusaka Arwah Bapa saya.

Arwah bapa meninggal dunia pada Mac 2024. Kami anak2 (2 lelaki dan 2 perempuan) serta Ibu, sudah memperoleh perintah mahkamah pada Januari 2026, berhubung pembahagian harta ditinggalkan Arwah Abah secara faraid. Yang mana kami semua telah bersetuju dengan pembahagian tanah-tanah milik Arwah Abah di antara kami adik beradik dan ibu.

Persoalannya, proses untuk perbicaraan dan tukar nama hak milik tanah ini di Pejabat Pusaka Kecil dan Pejabat Tanah adalah mengambil masa lama dan masih belum selesai. Jadi bolehkah waris-waris yang sudah dinamakan untuk hak milik tanah ini, mula mengambil hasil perolehan dari tanah-tanah ini mengikut hak milik masing-masing walaupun proses tukar hak milik belum selesai? Contohnya, hak milik sewaan tanah untuk menara telekomunikasi Celcom sebanyak rm2000 setiap bulan diberikan kepada ibu kerana tanah tersebut akan ditukarkan kepada nama ibu dan hasil perolehan kelapa sawit sebanyak rm700 setiap bulan diberikan kepada abang sulung kerana tanah itu akan ditukarkan kepada nama beliau?

Sekian persoalan saya. Terima kasih kerana membantu menjawab persoalan ini.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan dan fakta kes yang dikemukakan, waris-waris boleh mula mengambil dan menikmati hasil sewaan dan hasil perolehan tanah tersebut mengikut sebagaimana persetujuan pembahagian yang telah dipersetujui oleh semua waris walaupun masih dalam proses pembahagian di Pejabat Pusaka Kecil dan Pejabat Tanah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 25

message user image