BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Kami membuat penjualan baju secara preorder full payment , tapi setelah setahun masih tidak di tuntut , walaupun telah di war2 kan di dalam group whatsapp preorder tersebut secara berkala di dalam tempoh setahun tersebut tapi masih tiada yang claim , kami memutuskan untuk membuat satu hebohan didalam bentuk poster dan post di semua sosial media sebagai langkah akhir untuk pembeli membuat tuntutan , selepas tarikh kami tetapkan kami memberi tahu akan "dilupuskan " , tapi apa kami nak buat dengan baju tersebut masih belum di putuskan sama ada betul betul lupuskan buang , atau jual semula , soalan nya apa kah langkah yang benar dalam syariat islam jika berlaku situasi begini


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berkaitan ini, ada beberapa langkah yang lebih selamat menurut syariat yang boleh dilaksanakan, iaitu:

  1. Simpan dan asingkan baju tersebut daripada stok yang hendak dijual.
  2. Usaha menghubungi pembeli melalui saluran yang munasabah seperti WhatsApp, telefon, e-mel atau pengumuman dalam group.
  3. Berikan tempoh munasabah untuk mereka membuat tuntutan. Poster dan hebahan di media sosial adalah usaha yang baik, tetapi sebaiknya dinyatakan dengan jelas nombor pesanan, tarikh pembelian dan cara tuntutan.
  4. Jangan terus membuang atau menjual semula baju selepas tamat tempoh tersebut kerana barang itu bukan menjadi milik penjual secara automatik.
  5. Jika pembeli masih tidak dapat dikesan selepas usaha yang munasabah dan menjejaskan operasi simpanan dan risiko tanggungan barang yang berkemungkinan hilang atau rosak, Baju tersebut tidak perlu dibuang, ia boleh dijual semula atau disedekahkan.
  6. Wang bayaran penuh pelanggan asal sebaiknya disimpan dahulu sebagai amanah untuk satu lagi tempoh munasabah, jika langsung tidak dituntut dan sukar dikesan, wang itu lebih selamat disalurkan kepada kebajikan, bukan diambil sebagai keuntungan penuh.
  7. Untuk masa hadapan, letakkan klausa jelas dalam terma preorder tentang tempoh tuntutan dan apa yang berlaku jika tidak dituntut, supaya semua pihak jelas dan memudahkan pelaksanaan yang menepati syarak.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 22

message user image