Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam,
Berikut adalah soalan saya, adakah saya boleh melakukan jamak melalui jadual berikut
9.8 : perjalanan sepang,selangor ke gurun,kedah (tidur semalam di kedah)
10.8 perjalanan dari gurun,kedah ke kepala batas, pulau pinang ( tido dua malam di penang)
12.8 perjalanan dari kepala batas,pulau pinang ke sepang, selangor
rumah menetap sekarang : sepang,selangor
rumah di kedah : kampung ayah
mohon pencerahan, terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, tuan boleh menunaikan solat secara jamak dan qasar sepanjang perjalanan tersebut kerana jarak perjalanan melebihi dua marhalah dan tempoh menetap di setiap destinasi tidak mencapai empat hari penuh.
Tuan masih dikira musafir kerana rumah di Gurun, Kedah hanyalah rumah keluarga dan bukan tempat tinggal tetap tuan. Keringanan tersebut bermula selepas keluar dari kawasan permukiman Sepang, Selangor dan berakhir apabila tuan pulang ke kawasan tersebut.
Sekian, terima kasih.