BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

1. Isteri tidak mandi dari pagi sampai ke malam dan pada waktu malam, suami tanya kepada isteri, kau tak nak mandi ke? Isteri diam tidak jawab pertanyaan suami, dan suami lafaz, kalau kau perangai macam ni lepas bersalin nanti, aku cerailah kau.

2. Dan suami pergi bertanya kepada ustaz, kalau lafaz macam ni , kalau macam ni perangai kau lepas bersalin nanti, aku cerailah kau. Dan ustaz itu tanya balik kepada suami, perangai apa yang awak tak suka isteri awak buat, dan suami cakap perangai tak mandi tak solat.

3. Adakah pertanyaan suami kepada ustaz itu dikira taklik.

4. Isteri nak kena ikut syarat yang mana?

5. Kalau isteri mandi tapi tidak solat adakah jatuh talak.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan puan,

1) Lafaz suami iaitu "kalau kau perangai macam ni lepas bersalin nanti, aku cerailah kau"  boleh dikategorikan sebagai ayat makluman/ pemberitahuan. Maksudnya, jika isteri berperangai sedemikian (tidak mandi dari pagi sampai malam selepas bersalin) maka suami akan ceraikan isteri. Ini belum dikira jatuh talak kerana ia sekadar makluman dan janji sahaja (الوَعد)

2), 3) dan 4) Jawapan suami kepada pertanyaan ustaz tersebut adalah ulangan daripada peristiwa yang berlaku antara suami isteri. 

5) Jika kelak isteri mandi tapi tidak solat hukumnya adalah berdosa kerana meninggalkan solat. Berkenaan jatuh talak atau tidak, puan boleh panjangkan perkara ini ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 51

message user image