BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Pada tahun 2020, isteri telah memfailkan pengesahan lafaz talak suami. Selepas siasatan dibuat, mahkamah memutuskan tarikh penceraian talak tiga mereka pada tahun 2015.

1)Adakah isteri berhak memfailkan permohonan mut'ah sekiranya si suami telah memberikan sumbangan kewangan dan sebagainya kepada isteri dalam tempoh 5 tahun tersebut, sewaktu dalam fahaman dan anggapan mereka bahawa mereka masih lagi mempunyai ikatan suami isteri yang sah, atau pemberian tersebut boleh ditukar sifatnya menjadi bayaran mut'ah dan bukannya nafkah pemberian suami

2)Bagaimana pula dengan anak yang lahir pada tahun 2017. Adakah ianya boleh dinasabkan ke atas suami?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan saudara,

1. Isteri berhak memfailkan permohonan mut'ah. Walau bagaimanapun perlu mendapat pengesahan daripada pihak Mahkamah Syariah. Begitu juga pemberian wang dan perbelanjaan yang telah disediakan oleh suami sebagai nafkah kepada isteri tidak boleh dianggap sebagai bayaran mut'ah. Ini adalah kerana pemberian tersebut dibuat dengan kepercayaan bahawa perkahwinan masih berkuatkuasa dan suami isteri hidup sebagai pasangan suami yang sah. Namun perkara tersebut perlu diputuskan oleh pihak Mahkamah Syariah sebagai pihak yang berautoriti dalam perkara perkahwinan.

2. Sekiranya pihak pasangan suami isteri tidak tahu bahawa apabila jatuhnya talak 3 akan membubarkan perkahwinan, maka status anak akan menjadi wati'e syubhah. Anak itu boleh dinasabkan kepada bapanya serta boleh menjadi wali kepada pernikahannya (jika anak perempuan). Namun, penentuan status anak sebagai wati'e syubhah hendaklah dipanjangkan ke Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 36

message user image