BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya mengenai rumah pusaka arwah ayah. Selepas berbincang kami adik beradik telah bersetuju untuk menjual rumah pusaka tersebut. Setelah selesai urusan turun milik tiba2 ada yang tidak bersetuju untuk menjual rumah itu. Apa yang perlu saya lakukan untuk selesaikan masalah ini?  


message user image

Jawapan  

وعليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan, apabila persetujuan bertulis untuk menjual rumah pusaka telah dibuat antara adik beradik yang berhak terhadap rumah pusaka tersebut dan telah bertukar milik secara rasmi kepada pemilik baru, maka rumah pusaka tersebut bukan lagi dianggap rumah pusaka yang perlu difaraidkan. Puan perlu menjelaskan kepada semua adik beradik rumah pusaka tersebut telah bertukar milik serta mengemukakan dokumen rasmi proses jual rumah dan pemindahan milik supaya tidak berlaku pertikaian oleh adik beradik. 

  والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 24

message user image