Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan. Saya ingin bertanya tentang status hukum satu lafaz sarih (jelas) yang telah terkeluar daripada mulut saya secara bersendirian tanpa kehadiran sesiapa (tiada isteri dan tiada saksi). Keadaan sebenar semasa kejadian adalah saya tersasul dan tergagap-gagap (gagap) semasa menyebutnya akibat lintasan emosi dan bisikan fikiran semata-mata. saya amat menyayangi isteri saya dan langsung tidak ada niat atau lintasan di hati untuk bercerai, namun situasi ini membuatkan saya rasa sangat ragu-ragu dan was-was. Mohon pencerahan pihak Mufti sama ada lafaz yang tergagap tanpa niat secara bersendirian ini sah jatuh hukumnya
senario yg sebenar ialah:
saya ada terfikir mengenai hal talak drpd kawan2 saya. Pada masa yg sama saya ada menguji lafaz itu di dalam hati seperti "aku ceraikan "(tanpa nama isteri) atas desakan rasa ingin tahu. Dan kemudian dia melarat ke mulut dgn berkata "aku cer.. aku cer.." dlm keadaan gagap kerana saya masih cuba utk tidak melengkapkannya. Tetapi pada satu ketika saya tanpa sedar ada cuba melafaz dlm hati dan terlepas kata pada mulut dgn nama pendek isteri yg amat jarang saya guna utk memanggil isteri. Hal ini kerana pada ketika itu saya rasa jika mengguna nama pendek isteri tidak akan jatuh talak dan saya terlafaz itu kerana atas desakan minda. Tapi saya yakin bahawa saya memang tidak tuju pada isteri kerana selepas itu saya terus tambah nama org lain yg asing tetapi setelah itu saya tetap menjadi amat cemas dan ragu2.
saya ada membuat kajian sendiri melalui internet dan mendapati talak itu tidak jatuh kerana tiada niat jazam yg kuat utk bercerai dan sekaligus tergolong dlm golongan sabq al lisan. Adakah benar Tuan? Saya mohon pihak tuan utk memberikan penjelasan mengenai hal ini. Terima Kasih Tuan
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan tersebut, lafaz talak yang sarih pada asalnya memang tidak memerlukan niat talak. Dalam Mazhab Syafi‘i, apabila seseorang sengaja mengucapkan lafaz sarih kepada isterinya, talak boleh berlaku walaupun dia mendakwa tidak berniat menceraikan.
Al-Ruyani dalam Bahr al-Mazhab menulis:
Maksudnya: Seseorang itu memaksudkan lafaz (talak) tersebut tetapi tidak berniat perpisahan, talak tetap berlaku kerana lafaz sarih tidak memerlukan niat.
Adapun sabq al-lisan (tersasul), ianya mempunyai perbahasannya yang tersendiri merangkumi sama ada lafaz talak itu benar-benar dimaksudkan kepada isteri ketika lafaz tersebut keluar, atau lafaz tersebut benar-benar tersasul daripada lidah tanpa qasad kepada maknanya.
Al-Khatib al-Syirbini dalam Mughni al-Muhtaj menyebut:
Maksudnya: Jika lidahnya tersasul menyebut lafaz talak tanpa memaksudkan lafaz talak itu kepada maknanya, maka lafaz yang tersasul daripada lidah itu tidak diambil kira.
Walaubagaimanapun, saya mengesyorkan kepada pihak tuan untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lebih lanjut dan terperinci berkenaan status perkahwinan tuan di Unit Hal Ehwal Keluarga Islam di Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan kadar segera.
Sekian, terima kasih.