Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualalikum ustaz.
Nak mntk pendapat ustaz sedikit tentang keraguan saya..
Pada 27/7/26, suami sya telah melafaz taklik terhadap dirinya- kalau i buat semua benda ni lagi, i lepaskan u talak 3. Saya telah meminta dia supaya melafaz taklik yg lebih spesifik kerana jikalau terlalu general risau lg bnyk syarat dia boleh langgar.
Jadi dia telah melafaz satu per satu syarat2 takliknya, dan di akhir taklik dia menyebut jikalau i buat semua/ mana ni kita cerai talak 3. Tapi suami saya tidak berapa igt ucapannya yg sebenar, jadi dia menulis syarat yg paling dekat maksud dengan taklik asalnya..
Har ini, saya tengok telefon bimbitnya dan apa yg sering dia lakukan dengan henfon nya, dari situ, saya mendapati bahawa dia telah melanggar salah 1 syarat taklik dia, dan lafaz itu terang menerang mengatakan dia takkan cari perempuan utk maksiat di social2 media.. saya tk sempat nak tgk seja bila, tapi saya nampak tarikh chat 11/8/26 dan paling terbaru 15/8/26, di mana dia telah berkontak dan berchat dengan pelacur untuk seks oral.
Suami berkata tak jatuh talak sbb dia tak sempat jumpa pun pelacur tu, tapi perbuatan dia terang terangan melanggar syarat yg dia tetapkan.
Saya mohon agar ustaz dapat membantu saya yang sedang buntu ini. Terima kasih
Jawapan
Menjawab kepada persoalan puan tersebut, talak taklik tidak boleh diputuskan hanya berdasarkan andaian atau catatan suami kerana perkara yang sangat penting ialah lafaz sebenar yang diucapkan oleh suami pada 27/7/2026, termasuk sama ada lafaz tersebut bersifat umum atau dikaitkan dengan perbuatan tertentu.
Saya mengesyorkan kepada puan dan suami untuk merujuk perkara ini kepada Unit Undang-Undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah/Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan lafaz taklik dan status talak. Nyatakan dengan jujur lafaz yang diingati, catatan yang dibuat oleh suami, serta perbuatan yang berlaku selepas lafaz tersebut. Ini supaya pihak berkaitan boleh meneliti kes puan dengan sewajarnya.
Sekian, terima kasih.