BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Asslm ustaz,

Saya ada seorang isteri dan 3 anak perempuan yang telah dewasa

Ibubapa saya telah meninggal

Saya masih ada 3 adik beradik perempuan, 2 adik beradik lelaki telah meninggal

Bagaimana cara pembahagian harta pusaka saya mengikut faraid selepas saya meninggal? Terima kasih ustaz


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, sekiranya tuan meninggal dunia kelak, waris yang berhak mewarisi secara faraid adalah sebagaimana berikut:

  1. Isteri mewarisi sebanyak 1/8 bahagian;
  2. 3 anak perempuan mewarisi sebanyak 2/3 bahagian; dan
  3. 3 adik-beradik perempuan mewarisi secara Asabah Ma'al Ghairi iaitu yang menghabisi bahagian si mati.

Adapun waris yang dinyatakan di atas hanyalah berdasarkan fakta kes yang dikemukakan oleh pihak tuan. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan perancangan harta, disarankan agar tuan merujuk Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 29

message user image