BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin bertanya tentang kiraan zakat bagi wang simpanan yang saya peroleh. Wang ini cukup haul nya dan mempunyai nilai sebelum ini. 
 

Wang ini merupakan wang lama dan tiada nilai selama 10 tahun kerana matawang kertas telah ditukar ke generasi lain. 

 

Selepas 10 tahun, saya ke negara tersebut untuk tukar matawang generasi terbaru dan matawang ini ada nilai pada tahun ini.

 

Soalan saya, bagaimana kiraan zakat untuk wang ini , adakah saya perlu bayar qada zakat bagi tempoh 10 tahun itu sekali?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan situasi yang dinyatakan, wang simpanan tuan tidak mempunyai nilai selama 10 tahun. Kemudian, baru mendapat nilainya semula pada tahun ini. Secara asasnya, zakat diwajibkan ke atas harta yang memenuhi syarat. Antaranya:

  1. Pemilikan sempurna (milk al-tam)
  2. Mempunyai manfaat.

Justeru, harta yang tidak dapat dimanfaatkan dipanggil sebagai mal al-dhimar. Menurut mazhab Syafi’I, zakat tetap wajib dikeluarkan ke atas mal al-dhimar. Oleh yang demikian, tuan wajib membayar zakat untuk tahun-tahun yang lalu (10 tahun) sebaik sahaja wang tersebut kembali bernilai kerana telah mendapat manfaatnya.

Namun begitu, untuk pertanyaan dan pengiraan zakat yang tepat dan terkini, tuan bolehlah merujuk kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau mana-mana badan zakat negeri masing-masing.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 17

message user image