BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

1. Harta milik Kasim(meninggal 1956)

2. Tinggalkan 9 anak lelaki dan 7 anak perempuan dan 2 balu.

Salah seorang anak perempuan Kasim, Sufiah(meninggal 2010)mempunyai seorang anak lelaki yang meninggal sebelumnya, Ahmad(meninggal 2005) meninggalkan seorang balu dan 4 anak perempuan.

Sehingga tahun 2026 masih ada harta Kasim yang belum difaraidkan sepenuhnya(masih atas namanya).

Soalan : Adakah waris Ahmad layak mendapat apa2 harta Kasim jika ada pembahagian hasil dari penjualan harta Kasim dibuat sekarang?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tidak, waris arwah Ahmad tidak layak mewarisi harta pusaka arwah Kasim kerana arwah Ahmad meninggal dunia terlebih dahulu iaitu pada tahun 2005 daripada ibunya, arwah Sufiah yang pada ketika itu, arwah Sufiah meninggal kemudian pada tahun 2010.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 23

message user image