Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Sahibus Samahah Mufti Selangor.
Maaf mengganggu masa pihak Sahibus Samahah. Saya ingin memohon pandangan dan nasihat berkenaan satu masalah yang telah saya hadapi hampir empat tahun.
Saya mengalami kesukaran untuk menyebut huruf Ha (هـ) ketika menunaikan solat fardu, khususnya ketika membaca Surah al-Fatihah. Saya sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan huruf tersebut, namun apabila berada di dalam solat, huruf itu seolah-olah tidak dapat keluar. Ada kalanya saya mencuba terlalu kuat sehingga hampir pengsan kerana menahan nafas.
Pelbagai usaha telah saya lakukan, antaranya:
Sebenarnya masih banyak lagi ikhtiar yang telah saya lakukan sepanjang hampir empat tahun ini, namun semuanya hanya memberi kesan sementara.
Apa yang lebih merisaukan saya ialah saya kini menjadi trauma untuk solat berdekatan dengan orang lain. Dahulu saya sering menjadi imam, namun sekarang saya sentiasa menolak apabila diminta kerana bimbang tidak dapat membaca dengan baik.
Anehnya, apabila saya membaca al-Quran di luar solat, bacaan saya lancar dan saya tidak menghadapi masalah menyebut huruf Ha (هـ). Masalah ini hanya berlaku ketika solat. Pada mulanya ia hanya melibatkan bacaan Surah al-Fatihah, tetapi kini ia mula memberi kesan kepada takbir dan bacaan tahiyat kerana terdapat juga huruf Ha (هـ).
Saya benar-benar buntu dan risau. Saya ingin memohon pandangan Sahibus Samahah:
Saya amat berharap agar pihak Sahibus Samahah dapat memberikan pandangan dan nasihat. Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik dan ilmu yang dicurahkan.
Terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan:
1. Berdasarkan kepada kenyataan yang diberikan bahawa kesukaran menyebut huruf (هـ) hanya berlaku ketika solat dan tidak berlaku ketika di luar solat. Ia lebih dianggap sebagai gangguan yang melibatkan rasa waswas.
2. Seandainya telah berusaha sedaya upaya untuk menyebut suatu perkataan dengan betul namun tidak mampu, maka ia dimaafkan dan solat itu adalah sah.
3. Abaikan rasa waswas tersebut. Banyakkan berdoa dan minta perlindungan daripada Allah SWT. Apabila telah melakukan dengan bersungguh-sungguh, anggap itulah yang terbaik.
Sekian, terima kasih.