Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
ASSALAMUALAKUM
SAYA NAK BERTANYA MENGENAI SOLAT
SAYA PERIOD PADA 1/8 HINGGA KE HARINI,ADAKAH SAYA PERLU SOLAT FARDHU SEPERTI BIASA ?
boleh jelaskan?
Jawapan
Berdasarkan soalan yang diajukan, puan telah kedatangan haid bermula 1/8 sehingga ke harini iaitu 20/8. Ini bermakna, haid puan telah melebihi 15 hari. Adapun tempoh maksimum haid adalah 15 hari, 15 malam. Oleh yang demikian, darah yang keluar pada hari yang ke-16 sehingga hari ini dikira istihadhah. Puan perlu membersihkan darah dan menukar pad yang bersih setiap kali sebelum menunaikan solat fardu seperti biasa.
Sekian, terima kasih.