Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya telah keluar rumah tanpa izin suami sebab lapar.. Untuk cari makanan. Setelah makan sy kembali ke rumah suami semula. Episod ini berlaku 2 kali.
Ada sahaja makanan dirumah tapi perlu dimasak. Sy tgh hamil ketika itu dan penat
Sekarang saya masih tinggal dengan suami.
Sy ingin bertanya adakah suami tak wajib berikan nafkah zahir sbb sy keluar rumah tanpa izinnye?
Setiap bulan dia beri sy rm 500..tpi dh sebulan dia culas.. Itu alasannye
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, suami wajib memberikan nafkah dengan menyediakan keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal terhadap isteri. Manakala isteri perlu mentaati suami dalam segala perkara yang makruf (tidak bertentangan dengan syarak). Namun begitu, ketaatan ini terbatas sekiranya arahan suami bertentangan dengan maslahat (kebaikan) isteri seperti isteri dalam keadaan sakit atau darurat atau bimbang dirinya yang sedang mengandung dalam kelaparan. Imam al-Nawawi di dalam karya beliau:
Maksudnya: “Apabila dia bimbang terhadap keselamatan diri atau hartanya daripada orang fasiq atau pencuri.” (Rujuk: Fath al-Mu’in, hlm 545)
Sekian, terima kasih.