BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t. Tuan/Puan,

Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai hukum pemakaian baju pengantin wanita yang mempunyai bahagian kain belakang atau train yang sedikit panjang sehingga meleret di lantai.

Sekiranya pakaian tersebut:

  1. menutup aurat dengan sempurna;
  2. tidak ketat dan tidak jarang;
  3. tidak dipakai dengan niat riak, takbur, bermegah-megah atau mencari kemasyhuran;
  4. tidak melibatkan perbelanjaan yang berlebihan atau pembaziran; dan
  5. bahagian kain yang meleret tersebut hanyalah sebahagian daripada reka bentuk baju pengantin,

Adakah pemakaian baju tersebut tetap haram semata-mata kerana bahagian kainnya meleret di lantai atau melebihi kadar sehasta daripada buku lali?

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan sama ada larangan terhadap pakaian wanita yang terlalu panjang bergantung kepada wujudnya unsur seperti pembaziran, kemegahan, riak atau takbur, ataupun terdapat larangan khusus terhadap panjang pakaian itu sendiri walaupun unsur-unsur tersebut tidak wujud.

Selain itu, adakah terdapat perbezaan hukum antara pakaian yang keseluruhannya terlalu panjang dengan baju pengantin yang hanya mempunyai sedikit bahagian belakang (train) yang memanjang?

Mohon penjelasan daripada pihak tuan/puan supaya saya dapat memahami hukum perkara ini dengan tepat dan membuat keputusan berdasarkan syarak.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, pemakaian busana pengantin wanita yang mempunyai bahagian belakang meleret tidak menjadi haram semata-mata kerana panjangnya. Pemakaiannya adalah harus selagimana pemakainnya menepati kehendak syarak, tidak berlebih-lebihan atau bertujuan bermegah-megah serta sesuai dengan tempat dan keadaan majlis. Penilaian hukum tidak bergantung kepada sama ada keseluruhan pakaian atau hanya bahagian belakangnya yang panjang, tetapi pada reka bentuk, tujuan dan kesan pemakaiannya. 

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 43

message user image