Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang hukum bermain permainan video (mobile game) yang mempunyai watak (character) dengan pakaian atau penampilan yang agak terdedah/minim, contohnya rambut terurai tanpa tudung atau pakaian tidak menutup aurat sepenuhnya. Adakah bermain permainan sebegini dianggap berdosa atau dilarang dalam Islam? Adakah ia bergantung kepada niat dan kesan pada diri pemain, atau ia haram secara mutlak?
Jawapan
Menjawab persoalan tersebut: Allah SWT berfirman di dalam Surah an-Nur ayat ke 30:
Maksudnya: Katakanlah kepada orang lelaki beriman untuk memelihara pandangan mereka
Berdasarkan ayat ini, kita diperintahkan untuk memelihara pandangan daripada melihat perkara yang diharamkan seperti aurat orang lain sama ada lelaki ataupun perempuan.
Justeru watak-watak dalam permainan video yang menyerupai bentuk manusia sebenar adalah mengambil kedudukan yang sama dengannya. Oleh itu, hukumnya adalah haram lebih-lebih lagi jika pakaian yang dikenakan adalah minima dan menjolok mata tanpa perlu melihat kepada niat ataupun kesan kepada pengguna.
Sekian, terima kasih.