BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalaamualaikum mufti

1.antara sifat nafsiah, salbiah, ma'ani dan ma'nawiyyah yang manakah dapat dilihat di dalam syurga nanti dan yang manakah tidak dapat dilihat?

2.adakah sifat allah itu berbentuk, berjisim dan bertempat? dan adakah sifat allah itu berasingan diri sifat allah dari zat allah?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Bagi menjawab kedua-dua soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa terdapat perbezaan pada perbahasan zat dan sifat. Zat adalah sesuatu yang tidak perlu berada pada sesuatu yang lain. Dalam perbahasan zat Allah SWT, ia menunjukkan wujud Allah SWT itu sendiri sebagai satu zat. Manakala sifat adalah sesuatu yang perlu berada (tidak berpisah) pada sesuatu yang lain. Dalam perbahasan sifat Allah SWT, ia tidak berpisah daripada zat Allah SWT iaitu sifat Allah SWT berada (wujud) bersamaan dengan zat Allah SWT.

Jadi, dalam perbahasan melihat Allah SWT, para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa wajib secara syarak bagi seseorang hamba melihat Allah SWT di akhirat kelak. Akan tetapi perlu difahami bahawa maksud melihat ini bukanlah bermaksud melihat dengan mata semata-mata, bahkan boleh difahami dengan pelbagai makna. Melihat zat Allah SWT bukanlah bermaksud Allah SWT berjisim, berbentuk dan bertempat, bahkan Allah SWT suci daripada berjisim, berbentuk dan bertempat. Hakikat melihat Allah SWT hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Umat Islam hanya diwajibkan beriman dan terima bahawa melihat Allah SWT adalah pasti tanpa dituntut untuk mengetahui bagaimana melihat tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 40

message user image